Ahad, 16 September 2012


kelebihan solat umat Islam berbanding agama lainKelebihan sembahyang umat Islam berbanding agama lain...



Fadhilat Solat

Tahukah anda yang ada seorang doktor fizik daripada eropah (bukan beragama Islam) ada membuat beberapa kajian mengenai fadhilat solat dan mengepakah ada perbezaan antara rakkat solat. Hal ini akan saya jelaskan di bawah ini:


Solat Zohor
Berdasarkan kajian beliau, beliau menemui mengapakah Allah mensyariatkan Solat Zohor kepada 4 Rakaat? Hal ini kerana solat zohor dilakukan pada waktu di mana orang bekerja, jadi solat ini disyariatkan 4 rakaat kerana orang yang bekerja itu bolehlah melancarkan segala penggerakan darah dengan membuat solat 4 rakaat.



Solat  Asar
Begitu juga dengan solat Zohor, seperti yang beliau kaji mempunyai sebab yang sama.



Solat Maghrib
Mengapakah solat ini disyariatkan sebanyak 3 rakaat? Hal ini kerana pada waktu maghrib itulah waktu orang balik daripada kerja, jadi solat ini dijadikan sebanyak 3 rakaat bertujuan untuk merehatkan orang ramai.



Solat Isyak
Mengapakah solat isyak ini di syariatkan sebanyak 4 rakaat sedangkan tiada aktiviti berat yang di lakukan ketika waktu itu? Hal ini juga merungsingkan pengkaji barat tersebut, namun selepas kajian yang  mendalam di lakukan, pengkaji atau doktor fizik itu menemui bahawa Allah mensyariatkan solat isyak dengan 4 rakaat dengan tujuan untuk membolehkan kita bangun solat tahajud.


 
Solat subuh
Mengapakah solat subuh disyariatkan dengan dua rakaat? Saya pasti yang rakan-rakan pembaca yang budiman semua sudah tentu dapat mengagak mengapa? Hal ini kerana kita baru sahaja berehat panjang daripada tidur yg pnjg, jd  solat subuh disyariatkan dengan dua rakaat hanya untuk menyegarkan tubuh kita.